Perjumpaan Eidul Fitri 2009


Perjumpaan Hari Raya 2009

22 Sept. 2009 – Majlis Perjumpaan Hari Raya tahun ini diadakan pada 3 Syawwal 1430 bersamaan 22 September 2009 bertempat di rumah Haji Wan Yusof Haji Wan Ab. Samad bin Wan Nuh. Majlis tahunan Tabung Amanah Keluarga Teluk Kuala Nal ini dimeriahkan dengan kehadiran kira-kira 300 orang ahli keluarga keturunan Wan Nuh .



Menurut Setiausaha/Bendahari Tabung Amanah ini, Haji Wan Ali Wan Jaafar, derma yang diterima bertambah dan pada tahun ini sudah melebihi RM96,000 dan ini merupakan satu pencapaian yang boleh dibanggakan kerana pada tahun 2008 jumlah kutipan adalah sebanyak RM52,685.82. Begitu juga penerima sumbangan tahun ini meningkat kepada 113 berbanding 87 pada tahun lepas.

Tambah beliau, tujuan dan matlamat tabung ini adalah untuk memberi dorongan kepada pelajar-pelajar cemerlang dalam bidang akademik dan juga tahfiz, memberi pertolongan atau bantuan kepada anak yatim, membantu pelajar-pelajar di peringkat kolej dan juga universiti di dalam mahu pun di luar negara dalam berbagai bidang pelajaran termasuk agama. Tabung ini turut menyumbang kepada masjid dan surau yang dikendalikan oleh keluarga keturunan Wan Nuh.


Pada majlis itu, sebanyak RM 42,150.00 diagihkan kepada 113 penerima yang tersenarai.

Perjumpaan Hari Raya 2008






4 Okt. 2008 – Seperti tahun-tahun sebelumnya, Majlis Perjumpaan Hari Raya tahunan ahli keluarga keturunan Wan Nuh melalui Tabung Amanah Keluarga Teluk Kuala Nal telah diadakan pada 4 Syawwal 1429. Istimewanya pada perjumpaan kali ini ialah ianya diadakan di Dewan Haji Wan Adam di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Falahiah yang mengambil sempena Tuan Guru Haji Wan Adam dari keluarga keturunan Wan Nuh yang mengasaskan sekolah tersebut.



Pengerusi Tabung Amanah Keluarga Teluk Kuala Nal, Wan Yusof b Wan Abdul Samad (foto atas) sedang berucap pada majlis tersebut.

Menurut Pengerusi Tabung Amanah Keluarga Teluk Kuala Nal, Haji Wan Yusuf, pada tahun ini sumbangan dari ahli keluarga semakin memberangsangkan apabila berjaya mengumpulkan derma dan zakat sebanyak RM52,685.82 berbanding RM28,700 pada tahun lepas.

Daripada jumlah tersebut, sebanyak RM33,925.00 diagihkan kepada 87 bilangan penerima dari kalangan keluarga Wan Nuh berdasarkan kategori masing-masing. Mereka terdiri daripada pelajar cemerlang (UPSR, PMR dan SPM), dan yang berjaya ke Universiti. Di samping itu penuntut tahfidz, anak-anak yatim serta masjid-masjid kelolaan keluarga Wan Nuh turut mendapat sumbangan.

Timbalan Pengerusi, Tengku Mohd. Azzman Shariffadeen b Tengku Ibrahim sedang berucap dalam majlis yang sama. (foto)

Dalam ucapannya, antara lain beliau mengingatkan para hadirin tentang perkembangan semasa dunia pada hari ini dan peri pentingnya yayasan menjadi wadah bagi golongan muda merealisasikan cita-cita mereka.








Tuan Setiausaha dan Bendahari, Wan Ali b Wan Jaafar (foto) pula mengimbaukan kepada para hadirin tentang pengorbanan generasi pertama dalam memertabatkan keturunan Wan Nuh serta peranan generasi kini dalam menyambung perjuangan generasi yang pertama itu demi masa depan generasi Wan Nuh yang akan datang.






Foto para tetamu sedang menjamu selera di dalam Dewan Wan Adam.







Foto kira-kira 300 hadirin yang memenuhi dewan Wan Adam